Cari:
PBB Mendapat Permohonan Pengunduran AS dari Perjanjian Paris
2017-08-05 15:45:17 CRI Cetak

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric semalam mengumumkan bahawa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres telah mendapat permohonan pengunduran AS dari Perjanjian Paris yang diserahkan oleh Wakil Tetap AS di PBB. Seterusnya, AS akan keluar dari perjanjian tersebut menurut peraturan yang berkenaan.

Pada waktu yang sama, Antonio Guterres mengalu-alukan sebarang usaha untuk mendorong AS menganggotai semula Perjanjian Paris.

Guterres menyatakan bahawa AS mengundurkan diri dari Perjanjian Paris yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mendorong usaha menjamin keselamatan global merupakan "isu yang sungguh mengecewakan". Peranan pemimpin AS dalam hal ehwal alam sekitar amat penting. Perubahan iklim sedang memberi kesan terhadap dunia ini. Sebagai Setiausaha Agung PBB, beliau berharap kerajaan AS dan pelbagai pihak seluruh dunia berusaha bersama-sama untuk mewujudkan masa depan yang berterusan untuk genarasi-generasi yang akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China