Cari:
Rouhani Angkat Sumpah Presiden Iran
2017-08-06 15:29:46 CRI Cetak

Hassan Rouhani mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Iran bagi penggal kedua, petang semalam.

Rouhani yang mengangkat sumpah di hadapan semua ahli Parlimen dan anggota Suruhanjaya Penjagaan Perlembagaan, berikrar mempertahankan status Islam sebagai agama rasmi, sistem Republik Islam dan perlembagaan negara.

Dalam majlis angkat sumpah itu, beliau berkata, kerajaan baharu akan terus mengambil berat keperluan pembangunan negara dan sentiasa bersiap siaga untuk melindungi kepentingan negara.

Ketika menyebut tentang perjanjian nuklear Iran, Rouhani pula berkata AS memungkiri janjinya dalam perjanjian tersebut dan Iran tidak akan duduk berdiam diri dalam hal ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China