Cari:
Tabiat Belanja Pelancong China Berubah
2017-08-06 16:04:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perbelanjaan harian pelancong China di luar negara kini lebih cenderung kepada makanan, penginapan dan pengangkutan, bukan hanya untuk membeli-belah.

Demikian ditunjukkan dalam Laporan Pelancong China ke Luar Negara pada Separuh Pertama 2017 yang dikeluarkan bersama oleh Akademi Pelancongan China (CTA) dan pembekal perkhidmatan pelancongan, Ctrip baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, jumlah pelancong dari Chengdu, Wuhan dan beberapa bandar raya lain yang bercuti ke luar negara meningkat dengan pesat.

Selain itu, jumlah pelancong yang melancong secara bersendirian menduduki 58%, lebih tinggi berbanding yang mengikuti rombongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China