Cari:
Sekatan, Rundingan Damai Sama-Sama Penting
2017-08-06 14:45:51 CRI Cetak

Sekatan untuk menghalang program nuklear dan peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) serta pemulihan rundingan enam pihak kedua-duanya adalah sama-sama penting dan tidak boleh diabaikan.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi dalam satu taklimat media sempena siri mesyuarat menteri luar kerjasama Asia Timur di Manila, ketika diminta mengulas resolusi baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Pyongyang.

Wang menyatakan bahawa China sebagai anggota tetap UNSC mengambil pendirian adil dan objektif serta memainkan peranan yang bertanggungjawab dan bersifat membina dalam hal tersebut.

Kata beliau, sekatan memang diperlukan namun bukan matlamat muktamadnya, yang mahu isu nuklear Semenanjung Korea dibawa ke meja rundingan hingga mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas daripada nuklear dan kekal aman.

China menyeru pihak-pihak terbabit bertindak dengan sikap bertanggungjawab bagi mengelakkan situasi terus meruncing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China