Cari:
Menteri Luar China Ulas Resolusi Majlis Keselamatan PBB terhadap DPRK
2017-08-07 11:34:47 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi 2371 untuk mengenakan sekatan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) susulan pelancaran peluru berpandu balistik negara itu semalam.

Menteri Luar China, Wang Yi yang berada di Manila untuk menghadiri siri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur menyatakan bahawa selepas resolusi itu diluluskan, situasi di Semenanjung Korea memasuki tempoh yang kritikal.

Program peluru berpandu dan senjata nuklear DPRK perlu dihentikan dan Rundingan Enam Pihak patut dipulihkan secepat mungkin. Semua pihak terbabit perlu bersabar dan membuat pilihan tepat yang dapat menjamin kedamaian serantau.

Wang Yi menegaskan bahawa tujuan sekatan Majlis Keselamatan PBB tersebut adalah untuk mendesak isu nuklear Semenanjung Korea dibawa ke meja rundingan. China berharap pihak-pihak terbabit mempertimbangkan dan menerima saranan China agar DPRK menggantung program nuklearnya manakala Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menggantung latihan ketenteraan berskala besar.

Pada petang semalam, Wang Yi telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari DPRK, Ri Yong Ho. Selepas pertemuan itu, Wang Yi memberitahu media bahawa China menggesa DPRK tidak mengambil tindakan yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB, sementara AS dan Korea Selatan digesa tidak bertindak meruncingkan situasi.

Ri Yong Ho pula menegaskan pendirian DPRK dalam isu nuklear Semenanjung Korea dan menyatakan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi dengan China berhubung hal itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China