Cari:
China Rawat Pesakit Katarak Miskin secara Percuma
2017-08-07 14:41:29 CRI Cetak

Pesakit katarak yang tergolong sebagai miskin akan diberi rawatan percuma bermula tahun ini menerusi program bantuan yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China (NHFPC) bersama-sama Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara.

Program bantuan tersebut yang merupakan komponen skim kerajaan untuk membasmi kemiskinan di seluruh negara, akan membantu kira-kira 100 ribu pesakit katarak yang miskin di kawasan tengah dan barat negara ini mendapat rawatan secara percuma.

Sasaran program itu adalah untuk merawat kesemua pesakit katarak yang berdaftar menjelang tahun 2020, di samping menubuhkan satu mekanisme bantuan untuk jangka panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China