Cari:
Penderma Organ Berdaftar 300 Ribu
2017-08-07 14:52:38 CRI Cetak

Menurut data dari satu persidangan mengenai pendermaan dan pemindahan organ manusia bagi tahun 2017, jumlah penderma organ yang berdaftar di China mencatat hampir 300 ribu sementara jumlah pembedahan untuk menderma organ mencecah 12 ribu.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,866 pembedahan untuk menderma organ telah dijalankan, iaitu meningkat 33% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pendermaan dan pemindahan organ dianggap amat penting untuk menjamin kesihatan rakyat. Pada masa ini, teknologi dan mutu perkhidmatan yang terlibat dalam prosedur pemindahan organ di negara ini telah mencapai taraf yang maju di dunia. Hingga kini, sebanyak 173 hospital di China mendapat kelayakan untuk menjalankan pembedahan pemindahan organ.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China