Cari:
13 Maut dalam Gempa Jiuzhaigou
2017-08-09 11:31:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Gegaran kuat berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di kaunti Jiuzhaigou, provinsi Sichuan malam semalam. Setakat pukul 5.00 pagi tadi, 13 mangsa maut dan 164 lagi cedera.

Pihak berkuasa tempatan telah menghantar konvoi bantuan kecemasan ke lokasi bencana untuk misi menyelamat di jalan-jalan yang musnah dalam gempa bumi tersebut.

Sebanyak 310 jururawat dan 47 ambulans telah dikejarkan ke kawasan bencana, manakala misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan awam tempatan.

Seramai 31,500 orang pelancong yang terjejas telah ditempatkan di pusat penempatan sementara yang selamat.

Bekalan barang-barang keperluan harian di seluruh kaunti Jiuzhaigou juga terjamin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China