Cari:
Ulang Tahun Penubuhan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam
2017-08-09 09:43:17 CRI Cetak

Ulang tahun ke-70 penubuhan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China disambut dengan sebuah acara meriah yang diadakan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng ketika menghadiri aktiviti sambutan itu berkata, sistem pentadbiran autonomi etnik adalah antara komponen asas sistem politik China.

Kerajaan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam perlu komited untuk melindungi kepentingan asas rakyat pelbagai etnik berdasarkan sistem tersebut, yang merupakan jaminan penting bagi memastikan isu-isu berkaitan etnik ditangani dengan betul.

Lebih 12 ribu wakil dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai aktiviti sambutan ini. Persembahan rakyat berskala besar juga diadakan untuk meraikan hari penting ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China