Sebanyak 18 ribu kes kolera dilaporkan di Sudan Selatan sejak 18 Jun tahun lalu, dengan sekurang-kurangnya 328 kes kematian.
Menurut buletin Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), kolera tersebar paling luas dalam kalangan warga yang kehilangan tempat tinggal serta golongan lemah. Manakala 20% kes dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.
Pada Disember 2013, konflik tercetus di Sudan Selatan, mengakibatkan kira-kira empat juta orang kehilangan tempat tinggal, selain masalah keselamatan bahan makanan yang amat serius.