Cari:
Albania Tarik Pelancong China
2017-08-09 15:48:27 CRI Cetak

Seiring dengan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan "kerjasama 16+1" pada beberapa tahun kebelakangan ini, negara-negara di Eropah Tengah dan Timur menjadi tarikan bagi pelancong China. Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Program Pelaburan dan Pembangunan Albania, Ardit Çollaku ketika diwawancara berkata, pihaknya komited menarik pelancong China. Menurutnya, meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara melalui pelancongan merupakan misi yang penting bagi pihaknya. Albania telah mengadakan pelbagai aktiviti di China bermula pada tahun 2016 untuk mempromosi sumber pelancongannya.

Selain mendidik pemandu pelancong yang fasih berbahasa Mandarin serta mengedarkan risalah yang berkenaan, kerajaan kedua-dua negara pula menandatangani dokumen berkenaan untuk mengembangkan sektor pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China