Cari:
China Telah Bina Lebih 170 Ribu Tempat Pengecas EV
2017-08-10 12:30:29 CRI Cetak

Berikutan perkembangan industri kenderaan elektrik (EV) yang pesat di China, pembinaan stesen pengecas EV turut dipercepat.

Jumlah jualan kenderaan tenaga alternatif di negara ini telah melebihi 507 ribu buah pada tahun 2016 dan angka ini menduduki tangga teratas di dunia selama dua tahun berturut-turut.

Demikian maklumat yang diumumkan dalam sidang media Pameran Penjimatan Tenaga dan Kenderaan Tenaga Alternatif Antarabangsa 2017 yang diadakan di Hefei, ibu kota provinsi Anhui, China baru-baru ini.

Menurut statistik Jabatan Sumber Tenaga Negara, sebanyak 171 ribu tempat pengecas awam telah dibina di seluruh negara, sehingga akhir April lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China