Cari:
Beijing Bina Pusat Kebajikan Warga Emas
2017-08-10 13:54:41 CRI Cetak

Setakat ini, Beijing telah membina 150 pusat kebajikan warga emas, manakala 200 lagi akan mula beroperasi menjelang akhir tahun ini. Menjelang tahun 2020, sebanyak seribu pusat kebajikan warga emas akan beroperasi di seluruh ibu kota.

Antara perkhidmatan yang disediakan untuk membantu warga emas dalam kehidupan harian mereka termasuk dalam aspek penyediaan makanan dan jagaan.

Perkhidmatan perubatan turut disediakan oleh doktor bertauliah dengan staf sokongan yang membantu mendapatkan ubat-ubatan dari hospital. Layanan yang profesional memberi keselesaan kepada warga emas selain meringankan beban terhadap ahli keluarga mereka.

Warga emas juga boleh menjadikan pusat kebajikan itu sebagai pusat aktiviti untuk mereka berbual-bual, belajar Taici, melukis, menyanyi dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China