Cari:
DPRK Diseru Kembali ke Meja Rundingan
2017-08-11 12:00:13 CRI Cetak

Kerajaan Korea Selatan menggesa pihak Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menghentikan tindakan yang meruncingkan lagi ketegangan situasi di Semenanjung Korea, di samping menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan DPRK.

Jawatankuasa Tetap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Korea Selatan mengadakan mesyuarat semalam, untuk membincangkan isu Semenanjung Korea.

Jurucakap Cheong Wa Dae, Park Soo-hyun berkata, situasi Semenanjung Korea memburuk lagi ekoran tindakan provokatif DPRK. Pihaknya menggesa DPRK menghentikan aktiviti seumpama itu segera.

Menurut jawatankuasa tetap tersebut, tidak ada mana-mana negara boleh mendapat manfaat daripada ketegangan atau konflik ketenteraan Semenanjung Korea. Korea Selatan akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) mengambil segala tindakan yang mustahak untuk menjamin keamanan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China