Cari:
71 Ribu Orang Dipindahkan ke Tempat Selamat
2017-08-11 16:13:23 CRI Cetak

Setelah Jiuzhaigou, provinsi Sichuan, China dilanda gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter, kira-kira 71 ribu orang telah dipindahkan ke tempat yang selamat sehingga pukul 1.00 petang semalam.

Pasukan tentera dan polis dari pelbagai kawasan turut dikerahkan ke kawasan bencana untuk membaiki jalan yang rosak dalam bencana kali ini.

Menurut maklumat jabatan penerangan kerajaan provinsi Sichuan, sehingga semalam, mangsa korban dalam gempa bumi kali ini mencatat 20 orang manakala 431 orang lagi cedera. Antaranya, 18 orang cedera parah.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan, jalan-jalan utama yang rosak telah dibaiki. Berpuluh-puluh ribu orang pelancong yang terkandas di Jiuzhaigou telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. Selain itu, bekalan barang di kawasan terbabit juga terjamin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China