Kerajaan Peru memutuskan untuk mengusir Duta Besar Venezuela ke Peru, Diego Alfredo Molero Bellavia, dan beliau mesti keluar dari Peru dalam tempoh lima hari. Tindakan ini sebagai bantahan terhadap kerajaan Maduro "menamatkan tata tertib demokrasi".
Demikian kandungan pengumuman akhbar oleh Kementerian Luar Peru semalam.
Menurut pengumuman itu bahawa kerajaan Peru telah menolak surat bantahan kerajaan Venezuela terhadap "Deklarasi Lima" kerana surat itu mengandungi perkataan yang "tidak boleh diterima". Manakala Peru akan terus berusaha untuk memulihkan demokrasi di Venezuela.