Cari:
Trump: Tidak Elak Kemungkinan Operasi Ketenteraan terhadap Venezuela
2017-08-12 14:35:42 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sedang bercuti di sebuah kelab golf di New Jersey memberitahu wartawan bahawa terdapat banyak pilihan bagi AS untuk menangani situasi Venezuela semasa ini. Beliau menyatakan tidak mengelakkan kemungkinan melancarkan tindakan ketenteraan terhadap negara itu.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Eric P. Pearrow menyatakan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang perintah untuk melakukan operasi ketenteraan terhadap Venezuela setakat ini.

Ini kali pertama kerajaan Trump mengeluarkan kenyataan yang tidak mengelakkan kemungkinan melakukan operasi ketenteraan berikutan pilihan raya Majlis Penggubalan Perlembagaan diadakan di Venezuela.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China