Cari:
Panda Dalam Keadaan Selamat
2017-08-12 14:52:51 CRI Cetak

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richiter yang melanda Jiuzhaigou, provinsi Sichuan China pada 8 Ogos, tidak menjejaskan panda di Kawasan Perlindungan Alam Sekitar Peringkat Negara Wolong Sichuan.

Kawasan perlindungan tersebut terletak di kawasan barat daya provinsi Sichuan. Kawasan ini pernah terjejas teruk dalam gempa bumi dahsyat pada tahun 2008. Hampir separuh kandang panda rosak.

Pusat gempa bumi kali ini berjarak 270 kilometer dari kawasan perlindungan Wolong.

Menurut pegawai kawasan ini, gegaran terasa tidak kuat dan kesemua 143 ekor panda liar dalam keadaan selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China