Cari:
PBB Hargai Bantuan China
2017-08-12 14:58:52 CRI Cetak

 

Majlis penyerahan barang bantuan China diadakan di Yaoundé, ibu kota Cameroon semalam. Pengarah Pejabat Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Cameroon, Abdoulaye Baldé, Duta Besar China ke Cameroon, Wei Wenhua menghadiri majlis tersebut.

Abdoulaye Baldé menyanjung tinggi sumbangan China yang membantu pelarian Republik Afrika Tengah dalam wilayah Cameroon. Beliau berkata, China memainkan peranan penting dalalm menyelesaikan masalah pelarian di rantau itu. Negara-negara Afrika juga boleh menimba pengalaman daripada pembangunan China selain menerima bantuan China.

Wei Wenhua berkata, tiada mana-mana negara dapat menjauhkan diri dari masalah pelarian dan imigran. Sebagai negara membangun yang terbesar, China mementingkan masalah ini dan sentiasa bersedia untuk terlibat aktif dalam penyelesaian masalah ini.

Menurut perjanjian yang ditandatangani oleh China dan PBB sebelum ini, China akan menghulurkan bantuan dana sebanyak 1 juta dolar Amerika untuk mengatasi kekurangan makanan pelarian kepada Cameroon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China