Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou melawat Mongolia pada 9 hingga 11 Ogos lalu. Beliau telah ditemui Perdana Menteri, Jargaltulga Erdenebat, Menteri Luar, Tsend Munkh-orgil dan menghadiri dialog strategik jabatan diplomatik China-Mongolia ke-3.
Kong membentangkan dasar dan pendirian China terhadap Mongolia. Menurutnya, China memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan dengan Mongolia. Kedua-dua pihak perlu melaksanakan dengan benar-benar kata sepakat yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain, saling menghormati kepentingan asas, memperkasakan kerjasama pragmatik dan pertukaran kemanusiaan agar menjamin hubungan kedua-dua negara berkembang dengan sihat.
Beliau turut menyatakan keprihatinan pihak China terhadap kenyataan dan tindakan melibatkan Tibet yang salah dalam negeri Mongolia. Beliau menuntut Mongolia menunaikan janjinya agar memelihara asas politik hubungan kedua-dua negara.
Pihak Mongolia menyatakan, mengembangkan hubungan dengan China amat penting dalam hubungan luarnya. Mongolia akan meningkatkan kepercayaan politik, mempertahankan prinsip satu China serta menangani dengan baik isu-isu yang sensitif seperti Tibet berdasarkan kata sepakat yang telah dicapai oleh kedua-dua negara.