Cari:
AS Dijangka Menjadi Pengeksport Gas Asli Ketiga Terbesar
2017-08-13 14:00:36 CRI Cetak

Menurut sebuah laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, negara itu dijangka akan menjadi negara pengeksport gas asli cecair ketiga terbesar di dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Jabatan Maklumat Sumber Tenaga AS meramalkan bahawa AS akan mempunyai kemampuan eksport gas asli cecair ketiga terbesar selepas Australia dan Qatar. Namun keadaan penggunaan sebenar gas asli cecair di AS masih bergantung kepada kadar peningkatan permintaan dan saingan daripada pihak pembelak yang lain.

Menurut jabatan itu, berikutan peningkatkan kapasiti pengeluaran, kemampuan penapisan dan pemprosesan gas asli cecair negara itu akan meningkat daripada 1.4 bilion kaki padu pada masa ini, kepada 9.5 bilion kaki padu pada tahun 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China