Cari:
Seorang Maut, 34 Cedera Kejadian Kekerasan di AS
2017-08-13 14:32:54 CRI Cetak

Kejadian kekerasan berlaku semasa perhimpunan besar-besaran di Charlottesville, Virginia AS semalam, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 34 orang lagi cedera.

Kerajaan tempatan memutuskan untuk memindahkan sebuah patung arca Robert Edward Lee, jeneral terkenal pada zaman Perang Saudara AS. Beberapa ribu orang penyokong nasionalis mula berhimpun di bandar Charlottesville pada malam 11 Ogos lalu dan mengadakan tunjuk perasaan dengan memegang obor api. Mereka mendakwa orang putih sedang kehilangan kendudukan utama di AS, dan menyeru orang putih bersama-sama menentang golongan minoriti.

Orang yang menentang tunjuk perasaan tersebut juga berhimpun sejak 12 Ogos sehingga tercetus konflik antara kedua-dua pihak.

Presiden Donald Trump telah mengecam kejadian kekerasan tersebut dan berkata, "kami mengecam sekeras-kerasnya terhadap tindakan kedua-dua pihak berkonflik yang menunjukkan rasa dendam, prasangka dan keras."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China