Cari:
15 Maut dalam Serangan Bom di Pakistan
2017-08-13 14:36:42 CRI Cetak

Menurut laporan media tempatan, sebuah trak tentera mengalami serangan bom di Quetta, ibu kota provinsi Balochistan, barat daya Pakistan malam semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan 30 lagi cedera.

Letupan bom turut menyebabkan dua buah kereta dan beberapa motosikal terbakar dan beberapa rumah di sekitar rosak.

Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain mengecam keras insiden letupan bom ini dan menggesa badan-badan berkaitan berusaha sedaya upaya merawat mangsa cedera.

Setakat ini, masih belum ada pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China