Cari:
E-bayar Diperkenalkan di Subway Beijing
2017-08-14 14:39:20 CRI Cetak

Penumpang subway Beijing boleh membayar tiket menggunakan telefon bimbit bermula hari ini.

Perkhidmatan e-bayar tersebut menyokong sebanyak 160 jenis telefon pintar yang dilengkapi teknologi komunikasi jarak dekat (NFC), malah boleh digunakan tanpa sambungan Internet.

Jumlah penumpang kesemua 15 laluan subway Beijing mencatat hampir 10 juta setiap hari. Sistem e-bayar ini boleh menjimatkan masa membeli tiket, sekali gus memudahkan perjalanan para penumpang.

Sejak diperkenalkan secara percubaan, sistem e-bayar ini mendapat sambutan baik para penumpang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China