Cari:
Siasat Perdagangan China Tidak Bantu Ekonomi AS
2017-08-14 15:25:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tindakan sepihak kerajaan AS menyiasat aktiviti perdagangan China hanya percaturan politik, dan tidak membantu menyelesaikan masalah ekonomi AS. Beberapa pakar tempatan menganggap tindakan itu mungkin menjejaskan hubungan ekonomi antara AS dan China, sekali gus mencemarkan imej AS di arena antarabangsa.

Seorang pegawai kanan AS baru-baru ini berkata bahawa Presiden Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif untuk menjalankan siasatan terhadap aktiviti perdagangan China yang dikatakan "tidak adil".

Seksyen 301 undang-undang perdagangan, yang diluluskan pada 1974, memberi kuasa kepada Presiden Trump mengenakan tarif atau sekatan perdagangan lain ke atas China, sekiranya siasatan mendapati wujud "ketidakadilan" dalam perdagangan dua hala.

Sehubungan dengan itu, pakar AS bagi isu China, Robert Lawrance Kuhn dalam temu bual bersama wartawan berkata, walaupun tindakan itu mungkin memberikan manfaat kepada segolongan kecil peniaga AS dalam jangka pendek, namun dilihat dari jangka panjang, perkara ini bagaikan langkah ke belakang yang mungkin merencatkan ekonomi.

Tambah beliau, isu berkenaan dibangkitkan oleh kerajaan AS sebagai cara untuk Trump menunaikan janji pilihan raya dahulu, iaitu mencipta peluang pekerjaan. Namun, situasi pekerjaan tidak dapat dibaiki dengan tindakan sedemikian. Sebaliknya yang diperlukan adalah menyediakan latihan kemahiran lanjut kepada pekerja supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan era automasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China