Cari:
Pesta Pelancongan Ganzi 2017 Dirasmikan
2017-08-14 11:36:02 CRI Cetak

Pesta Pelancongan Ganzi 2017 dirasmikan di Daocheng Yading, provinsi Sichuan pada 13 Ogos lalu.

Pesta pelancongan ini dirasmikan oleh Setiausaha Jawatankuasa Daerah Ganzi Parti Komunis China, Liu Chengming. Upacara perasmian turut diserikan oleh Pengerusi Majlis Pelancongan Berterusan Global (GSTC), Luigi Cabrini.

Pada majlis itu, pihak berkuasa Ganzi telah menandatangani perjanjian kerjasama strategic dengan GSTC dan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA).

Ketua Daerah Ganzi, Xiao Youcai menyatakan bahawa Ganzi mempunyai sumber pelancongan yang banyak, seperti budaya etnik tempatan yang unik, sejarah yang lama, dan panorama alam semula jadi yang indah. Kini pihak berkuasa tempatan telah memperkenalkan pelancongan yang memanfaatkan sumber kebudayaan, pertanian, penternakan dan lain-lain untuk membina Ganzi teladan kawasan pelancongan di China.

Selain upacara perasmian, forum kemuncak pelancongan, carnival Ganzi, rundingan syarikat pelancongan dan pameran serta persembahan kebudayaan tempatan turut diadakan semasa pesta pelancongan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China