Cari:
Rusia, AS Terus Bertikam Lidah
2017-08-15 12:43:53 CRI Cetak

Rusia memberi amaran akan membalas jika usaha diplomatiknya di AS terhalang.

Ketika mengulas laporan bahawa AS mungkin mengehadkan aktiviti pegawai diplomatik Rusia, Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov berkata hal ini bermakna AS belum bersedia memulihkan hubungan bilateral. Rusia berharap hubungan bilateral tidak mengalami kebuntuan.

Media Rusia memetik kenyataan seorang pegawai diplomatik bahawa tindakan yang mungkin diambil AS itu adalah untuk membalas tindakan serupa yang diambil Rusia dahulu.

Pada akhir Julai lalu, Kongres AS meluluskan akta yang mengenakan sekatan terhadap Rusia, Iran dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Akta itu turut mengehadkan kuasa Presiden AS membatalkan sekatan terhadap Rusia.

Sebagai balasan, Presiden Vladimir Putin mengarahkan jumlah diplomat AS di Rusia dikurangkan dan melarang penggunaan beberapa bangunan di Moscow oleh Kedutaan Besar AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China