China menggesa Korea Selatan mengambil berat keprihatinan China mengenai isu keselamatan, dan menghentikan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).
Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam sidang media semalam ketika mengulas kenyataan Menteri Pertahanan baharu Korea Selatan bahawa pihaknya akan mempercepat penempatan THAAD untuk menangani situasi tegang di Semenanjung Korea.
Tambah Hua, penempatan THAAD tidak akan membantu situasi keselamatan Korea Selatan mahupun isu nuklear Semenanjung Korea, sebaliknya memusnahkan kepentingan keselamatan strategik negara-negara serantau termasuk China.