Cari:
EC Bincang Situasi Semenanjung Korea
2017-08-15 14:48:54 CRI Cetak

Suruhanjaya Eropah (EC) mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pendekatan bagi meredakan ketegangan di Semenanjung Korea serta tindakan yang diambil Kesatuan Eropah (EU) pada masa depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, EU menggesa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengelakkan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi situasi.

EU menyokong pewujudan Semenanjung Korea yang bebas nuklear melalui saluran diplomatik, bukannya ketenteraan.

Pada 5 Ogos lalu, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 2371 yang mengecam ujian peluru berpandu balistik oleh DPRK, di samping memutuskan mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas negara itu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China