Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengecam rusuhan yang berlaku di Charlottesville, Virginia, AS, hujung minggu lepas.
Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq dalam sidang media semalam berkata PBB menentang semua bentuk rasisme dan ketaksuban. Tiada ruang dalam masyarakat untuk rasisme, xenofobia dan diskriminasi.
PBB mengecam sebarang keganasan yang mendatangkan kemalangan jiwa.
Pada 12 Ogos lalu, perhimpunan ketuanan kulit putih bertukar ganas setelah sebuah kereta merempuh orang ramai ketika penunjuk perasaan pro dan antiperkauman bertempur. Kejadian itu menyebabkan tiga maut dan lebih 30 lagi cedera.