Pertandingan kaligrafi dan lukisan belia dari Tanah Besar China dan Taiwan dirasmikan pada 10 Ogos lalu. Para peserta menghasilkan karya berdasarkan lima topik iaitu cinta, keluarga, impian, persahabatan dan persekitaran. Tokoh-tokoh terkemuka dalam kalangan tersebut telah menghadiri upacara perasmian kali ini.
Mantan Naib Pengerusi Persatuan Penulis Kaligrafi China, Yan Gongda ketika berucap dalam upacara perasmian berkata, kaligrafi dan lukisan merupakan platform yang penting bagi pertukaran sosiobudaya. Belau berharap para peserta bersama-sama memahami budaya tradisional China.