Cari:
China Pemiutang Terbesar AS
2017-08-16 14:04:19 CRI Cetak

China terus menjadi pemiutang terbesar bagi AS apabila hutang negara AS dalam pegangannya mencatat USD1.15 trilion (RM4.9 trilion) pada Jun lalu, menurut data Jabatan Perbendaharaan AS semalam.

Pada Jun lalu, China untuk bulan kelima berturut-turut membeli lagi hutang negara AS, kali ini berjumlah USD44 bilion (RM190 bilion).

Pada masa yang sama, Jepun mengurangkan pegangan hutang negara AS sebanyak USD21 bilion (RM90 bilion), namun masih memegang USD1.1 trilion (RM4.7 trilion).

Jepun pernah menjadi pemiutang terbesar bagi AS bermula Oktober tahun lalu.

Setakat akhir bulan Jun, hutang negara AS yang dipegang oleh negara lain berjumlah kira-kira USD6.2 trilion (RM27 trilion), lebih tinggi daripada bulan Mei yang mencatat USD6.1 trilion (RM26 trilion). Antaranya, lebih satu pertiga dipegang oleh China dan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China