Ekonomi China dipercayai akan kekal mampan, dan dijangka mencatat pertumbuhan pada kadar 6.7% tahun ini.
Demikian pandangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas perbincangan dengan pihak China tentang isu-isu ekonomi, semalam.
Sebelum ini, IMF telah beberapa kali menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China.
Dalam perbincangan semalam, Lembaga Eksekutif IMF memuji kemajuan China dalam pembangunan ekonomi yang berorientasikan sektor perkhidmatan dan penggunaan.
Menurut IMF, ekonomi China yang kukuh memberi sokongan penting kepada permintaan global.
Tindakan yang diambil China untuk mengurangkan risiko kewangan dan kapasiti pengeluaran berlebihan turut mendapat pujian.








