Cari:
NHK Bongkar Jenayah Tentera Jepun
2017-08-16 14:54:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

15 Ogos merupakan tarikh Jepun menyerah diri semasa Perang Dunia II. Stesen NHK Jepun baru-baru ini menyiarkan satu dokumentari yang membongkarkan jenayah perang Pasukan 731 tentera Jepun di China.

Dokumentari itu menggemparkan rakyat Jepun dan masyarakat antarabangsa.

Netizen Jepun menyifatkan jenayah yang dibongkarkan itu sebagai "sangat ngeri" dan "memalukan", sambil menyatakan fakta sejarah ini perlu diketahui generasi akan datang.

Profesor Gao Hong dari Institut Pengajian Jepun, Akademi Sains Sosial China (CASS) memberi penghargaan terhadap tindakan NHK membongkar jenayah Pasukan 731 bagi membolehkan masyarakat mengetahui kebenaran. Katanya, hal ini membantu generasi muda Jepun memahami kesahihan tuntutan dalam isu sejarah yang dikemukakan negara-negara Asia yang menjadi mangsa perang. 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China