Menteri Pembangunan Negara yang juga Menteri Kewangan Kedua Singapura, Lawrence Wong memuji inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China akan mempengaruhi hala tuju pembangunan Asia pada masa depan, sekali gus menjadi platform kerjasama serantau yang paling berpotensi.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa inisiatif B&R sesuai dengan aliran zaman dan hukum pembangunan serta kepentingan rakyat pelbagai negara, menjadikan prospeknya luas.
China bersedia bekerjasama dengan negara-negara berkenaan bagi menjayakan B&R berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.
China juga bersedia meningkatkan kerjasama dengan Singapura dalam pembangunan B&R, dan memperkasakan perkongsian kerjasama komprehensif dengan Singapura demi manfaat rakyat.