Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam berkata bahawa isu nuklear Semenanjung Korea perlu diselesaikan secara politik.
Ketika diwawancara di ibu pejabat PBB di New York, beliau berkata pada 5 Ogos lalu, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 2371 yang menyampaikan isyarat jelas berhubung kewajipan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) terhadap kedamaian dan keselamatan.
Beliau menggesa DPRK menunaikan sepenuhnya kewajipan kepada dunia dan memulakan dialog yang boleh dipercayai dan bermakna untuk membaiki keadaan.
Tambah beliau, isu nuklear Semenanjung Korea mesti ditangani melalui saluran politik kerana tindakan ketenteraan hanya akan membawa malapetaka.