Cari:
Kerjasama BRICS Bantu Atasi Cabaran Global
2017-08-17 14:37:20 CRI Cetak

BRICS tetap konsep kerjasama yang berjaya 16 tahun selepas dikemukakan.

Penyaran konsep itu, mantan Menteri Kewangan Britain, Jim O'Neill berharap negara-negara BRICS mengambil tindakan bersama untuk menyumbang kepada kesihatan dan pembasmian kemiskinan global.

Dalam temu bual bersama wartawan semalam, O'Neill berkata negara-negara BRICS berpopulasi besar dan semua anggotanya sedang membangun. Selain politik dan ekonomi, negara-negara BRICS boleh meneroka lebih banyak bidang kerjasama seperti kesihatan, pembasmian kemiskinan, perubahan iklim dan tenaga alternatif.

BRICS perlu mengetengahkan diri sebagai penggubal utama polisi ekonomi global dalam tempoh 50 tahun akan datang, sekiranya ingin menjadi peneraju ekonomi dunia.  

O'Neill pernah menyandang jawatan ketua ahli ekonomi dan Pengerusi Pengurusan Aset Goldman Sachs.

Beliau mengemukakan teori BRICS pada tahun 2001 dan beranggapan bahawa negara-negara BRICS boleh menyediakan peluang untuk pertumbuhan pasaran baru muncul dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China