Cari:
Sharapova Dapat Wildcard Terbuka AS
2017-08-17 10:06:19 CRI Cetak

Pemain Rusia, Maria Sharapova yang baharu selesai menjalani penggantungan 15 bulan akibat positif doping menerima berita gembira apabila dibenarkan beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) atas tiket wildcard terus ke undian utama dan bukannya perlu melalui kelayakan terlebih dahulu.

Ini merupakan kejohanan Grand Slam pertama disertainya selepas penganjur Terbuka AS bersetuju menerima penyertaannya. Sebelum ini penyertaan Sharapova di Terbuka Perancis ditolak manakala di Wimbledon dia menarik diri kerana mengalami kecederaan paha.

"Penggantungan beliau di bawah syarat yang ditetapkan program antidoping tenis telah pun berakhir dan faktor itu membolehkannya layak diberi tiket wildcard. Ini selaras dengan amalan lalu memandangkan Sharapova adalah bekas juara Terbuka AS.

"Maka kelebihan diberikan kepadanya seperti juga bekas juara yang pernah kami berikan wildcard seperti Martina Hingis, Lleyton Hewitt, Kim Clijsters dan Juan Martin del Potro." kata kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Tenis AS (USTA) semalam.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China