Cari:
Masyarakat AS Kecam Rusuhan Charlottesville
2017-08-18 13:57:23 CRI Cetak

Rusuhan yang berlaku di Charlottesville, Virginia pada 12 Ogos lalu mengakibatkan tiga maut dan lebih 30 lagi cedera. Tokoh politik, media serta pengguna media sosial tempatan mengecam insiden tersebut, di samping melahirkan kebimbangan terhadap penyebaran rasisme.

Ideologi ketuanan kulit putih semakin menjadi-jadi di AS akhir-akhir ini ekoran tekanan hidup kesan globalisasi, krisis kewangan, kemerosotan industri pembuatan yang menampung sejumlah besar pekerja kulit putih serta penyusutan pendapatan kelas menengah.

Selain itu, populasi kulit putih berkurang ketara dengan penduduk tua semakin ramai. Kelompok minoriti di AS dijangka akan melebihi populasi kulit putih pada tahun 2050.

Faktor tersebut mengakibatkan isu perkauman dan imigrasi dieksploitasi sesetengah pihak untuk menyebarkan ideologi ketuanan kulit putih dan mencetuskan konflik.

Rusuhan kali ini bukan hanya mencerminkan keadaan berpecah belah dalam masyarakat AS, tetapi juga isu perkauman yang sudah wujud sekian lama masih belum diselesaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China