Cari:
BRICS Kongsi Pengalaman Tadbir Negara
2017-08-18 14:36:54 CRI Cetak

Seminar BRICS mengenai pentadbiran negara diadakan di Quanzhou, provinsi Fujian semalam, dengan penyertaan wakil-wakil dari China, Rusia, India, Brazil, Afrika Selatan serta beberapa negara membangun lain.

Naib Menteri Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Huang Kunming dalam ucaptama berkata, tema "terbuka, inklusif, saling menguntungkan dan komuniti berkongsi sesama insan" menjadi fokus seminar. Tema ini selaras dengan hasrat bersama negara-negara BRICS untuk memperkasakan dialog dan kerjasama.

Para peserta bersependapat bahawa perkongsian pengalaman pentadbiran negara membantu negara-negara terlibat mencapai sasaran pembangunan.

Seminar seumpama itu menyediakan wadah interaksi kepada mereka untuk menangani cabaran dan kesulitan dalam proses pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China