13 terbunuh dan 80 lagi cedera, termasuk 15 parah apabila sebuah van merempuh orang ramai di Las Ramblas, tapak tinggalan sejarah di pusat bandar Barcelona, Sepanyol semalam.
Polis menganggap insiden itu sebagai serangan pengganas kerana menyebabkan kematian dan kecederaan, dan telah menahan dua suspek. Siasatan lanjut masih dijalankan.
Pada hari yang sama, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dalam kenyataan menerusi Twitter mengecam insiden rempuhan itu.