Cari:
Arab Saudi Benarkan Rakyat Qatar Tunai Haji
2017-08-18 10:13:55 CRI Cetak

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membenarkan pembukaan pintu sempadan Salwa di negara itu untuk membolehkan jemaah haji dari Qatar menunaikan rukun Islam kelima tahun ini di sebalik pertelingkahan yang berlaku antara kedua-dua negara.

Pintu sempadan Salwa yang merupakan satu-satunya pintu masuk Qatar melalui jalan darat ditutup pada bulan Jun lalu selepas Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir memboikot Qatar kerana mendakwa negara itu menyo­kong pertubuhan pengganas dan individu serta mengekalkan hubungan rapat dengan Iran yang didakwa cuba menjejaskan kestabilan Asia Barat.

Jemaah berkenaan boleh memasuki Arab Saudi tanpa perlu mengemukakan kebenaran secara elektronik.

Portal Arab News melaporkan, pemimpin Arab Saudi itu juga mengarahkan sebuah pesawat milik Saudi Arabian Airlines di­ter­bangkan ke Doha bagi membawa jemaah haji dari Qatar ke Jeddah.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China