Cari:
Serangan Barcelona: Pemimpin China Ucap Takziah
2017-08-19 14:35:57 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan takziah kepada Raja Sepanyol, Felipe VI susulan serangan pengganas di Barcelona yang meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa dan mencederakan lebih 100 lagi.

Xi dalam perutusan takziah itu menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan insiden rempuhan van yang berlaku di pusat bandar Barcelona pada petang 17 Ogos lalu.

Beliau, bagi pihak kerajaan dan rakyat China, turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan terbabit dalam serangan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa China dengan tegas menentang segala bentuk keganasan dan bersedia berusaha bersama-sama masyarakat antarabangsa termasuk Sepanyol untuk meningkatkan kerjasama antikeganasan demi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan dunia.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam perutusan takziahnya kepada rakan sejawatnya, Mariano Rajoy pula menyatakan bahawa China akan berdiri teguh menyokong usaha Sepanyol untuk membanteras keganasan dan melindungi keselamatan negara.

China bersedia berusaha bersama-sama semua negara termasuk Sepanyol untuk memberi sumbangan kepada kedamaian dan keselamatan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China