Cari:
AS Lancar Siasatan Terhadap China
2017-08-19 15:36:13 CRI Cetak

Wakil perdagangan AS (USTR), Robert Lighthizer semalam mengumumkan pihaknya secara rasmi memulakan siasatan terhadap China berdasarkan Seksyen 301 undang-undang perdagangan, yang diluluskan pada 1974. Tindakan sepihak yang melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) itu mencetuskan bantahan daripada China.

Pejabat USTR dalam satu kenyataan berkata siasatan berkenaan termasuk sama ada dasar dan langkah kerajaan China dalam bidang pemindahan teknologi, hak harta intelek dan inovasi adalah tidak munasabah dan bersifat diskriminasi hingga memberi tekanan dan sekatan terhadap perdagangan AS.

Sebelum ini, China menerusi jurucakap Kementerian Perdagangannya menggesa AS mematuhi peraturan WTO, sambil menyatakan Beijing akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan kepentingan diri jika Washington terus berdegil memutarbelitkan kebenaran.

AS turut digesa mengelakkan tindakan yang boleh merosakkan peraturan multilateral.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying juga menyatakan bahawa China dan AS berkongsi banyak kepentingan. Perang perdagangan akan merugikan semua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China