Cari:
Dua Maut Ditikam di Finland
2017-08-19 16:24:41 CRI Cetak

Dua maut dan lapan lagi cedera dalam serangan dilakukan beberapa suspek menggunakan pisau di pusat bandar Turku, barat daya Finland semalam.

Sumber polis memberitahu, seorang suspek ditahan selepas cedera ditembak polis. Polis sedang memburu suspek lain yang melarikan diri.

Perdana Menteri Finland, Juha Sipila menerusi akaun media sosialnya menyatakan bahawa kerajaan akan memantau dengan rapi situasi di Turku dan pasukan polis juga sudah digerakkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, polis Helsinki turut mengetatkan kawalan keselamatan di lapangan terbang dan stesen kereta api.

Jurucakap polis menyatakan bahawa motif serangan tersebut belum diketahui dan tiada bukti menunjukkan serangan itu mempunyai kaitan dengan keganasan.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China