Cari:
AS, Jepun Digesa Henti Kenyataan Salah
2017-08-19 15:53:14 CRI Cetak

AS dan Jepun digesa mengambil sikap bertanggungjawab dalam isu Pulau Diaoyu dan Laut China Selatan, di samping berhenti mengeluarkan kenyataan salah dan melakukan lebih banyak usaha yang bermanfaat bagi kedamaian dan kestabilan serantau.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam ketika mengulas laporan bahawa AS dan Jepun dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini menegaskan semula Perkara 5 Perjanjian Keselamatan AS-Jepun relevan bagi menangani isu Pulau Diaoyu.

Kenyataan itu turut melahirkan "keprihatinan" terhadap situasi Laut China Selatan.

Hua berkata, China mengekalkan pendirian yang jelas dan konsisten dalam isu Pulau Diaoyu dan Laut China Selatan, dan tidak akan berganjak dalam mempertahankan kedaulatan wilayah.

Perjanjian Keselamatan AS-Jepun digubal berdasarkan fahaman Perang Dingin, yang tidak seharusnya digunakan sebagai helah untuk Jepun mengemukakan tuntutan haram.

Tambah beliau, situasi di Laut China Selatan kekal stabil. Dialog dan perbincangan antara China dan negara-negara ASEAN yang terlibat terus mencapai kemajuan positif.

AS dan Jepun, yang bukan pihak berkepentingan dalam isu Laut China Selatan, perlu menghormati usaha negara-negara terlibat untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China