Cari:
Armada China Tamatkan Lawatan di Tanzania
2017-08-20 14:20:09 CRI Cetak

Armada angkatan laut China berlepas dari pelabuhan Dar es Salaam menuju ke Maldives pagi semalam selepas menamatkan lawatan muhibah di Tanzania.

Dalam tempoh lawatan ini, komander armada angkatan laut China, Shen Hao telah bertemu dengan pegawai kanan angkatan laut Tanzania dan kerajaan tempatan, selain mengunjungi kapal perang milik angkatan laut negara itu.

Pasukan kedua-dua negara berkongsi pengalaman mengenai kawalan kerosakan kapal dan operasi khas serta mengadakan aktiviti sukan dan budaya.

Kapal pembinasa Changchun, kapal frigat Jinzhou dan kapal logistik Chaohu juga dibuka untuk kunjungan awam.

Setelah meninggalkan pelabuhan Dar es Salaam, angkatan laut kedua-dua negara mengadakan latihan bersama yang meliputi komunikasi antara armada, tindakan bersama bagi memerangi lanun dan operasi menyelamat bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China