Cari:
Xi Ucap Tahniah Ekspedisi ke Dataran Tinggi Qinghai-Tibet
2017-08-20 15:13:38 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada para saintis yang terlibat dalam ekspedisi kali kedua ke Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, yang dilancarkan di Lhasa semalam.

Presiden Xi menyatakan bahawa Dataran Tinggi Qinghai-Tibet merupakan pelindung keselamatan ekologi yang penting dan pangkalan simpanan sumber strategik bagi China, selain tempat yang penuh unsur budaya tradisi.

Ekspedisi kali ini akan menggalakkan pembangunan lestari Dataran Tinggi Qinghai-Tibet serta pembangunan tamadun ekologi negara, sekali gus meningkatkan perlindungan ekologi sejagat.

Ekspedisi yang diketuai Akademi Sains China ini akan menganalisis impak perubahan alam sekitar terhadap pembangunan sosial dan menyusun rancangan untuk projek pembinaan sebuah taman negara di kawasan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China