China akan menambah perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo di sesetengah laluan dengan jadual operasi baharu bermula 21 September nanti.
Tren EMU (electric multiple units) "Fuxing" yang akan beroperasi pada kelajuan 350 kilometer sejam di laluan Beijing-Shanghai, jauh lebih pantas daripada kereta api laju lain, sekali gus menjadikan sistem kereta api komersial China yang paling laju di dunia.
Hasil ujian ketat yang dijalankan pada Julai lalu, tren "Fuxing" disahkan mampu beroperasi dengan cekap dan selamat pada kelajuan tersebut.
Perjalanan antara Beijing dan Shanghai dengan menaiki tren "Fuxing" akan mengambil masa kira-kira empat setengah jam.