Cari:
China Bina Rangkaian Kereta Pintar Paling Besar
2017-08-21 14:46:33 CRI Cetak

Perbadanan Grid Nasional China (SGCC), syarikat pembekal elektrik negara ini, telah membina satu platform rangkaian kereta pintar melibatkan 167 ribu tempat mengecas dengan bekalan kuasa melebihi sejuta kilowatt-jam sehari, menerusi kerjasama dengan 17 operator perkhidmatan teknologi berkaitan.

Rangkaian itu memanfaatkan teknologi data dan perkomputeran awan untuk kemudahan pengguna, dan mempunyai liputan yang paling luas dengan jumlah alat pengecas paling banyak di dunia setakat ini.

Jurucakap SGCC memaklumkan bahawa syarikatnya telah membina 5,526 buah stesen dengan lebih 45 ribu alat pengecas bagi kegunaan kereta elektrik, manakala sistem pengecas cepat di lebuh raya merangkumi 121 bandar di 16 provinsi.

Menjelang tahun 2020, SGCC merancang menyiapkan 120 ribu tempat pengecas. 800 ribu pengecas awam akan dihubungkan melalui rangkaian pintar tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China